Friday 21 November 2014

5 Cabaran Berblogging Buat Saya

Assalamualaikum

lain orang lain cabaran nya. cara mengatasi pun tak sama. antara cabaran saya adalah berikut :

  1. Tajuk apa nak story. sebenarnya saya ada hobi menulis dah lama dari zaman sekolah lagi. pernah tulis skrip..untuk apa tak tahu macam lah nak hantar kat produser filem. terikut kawan yang menulis novel. bila kat kolej saya ada geng jenis suka menulis jugak. bila cuti semesta kami akan berbalas surat. selagi tak sampai 7 ke 10 muka surat, takkan pos. gila kan tapi seronok. dah lama tak menulis sehinggalah ada nya blog ni. kenapa saya kata tajuk pun boleh jadi cabaran pada saya? sebab terlampau banyak idea nak tulis, entry jadi mungkin terlalu panjang, fokus hilang tak tahu apa nak cerita dulu., end up tangguh-tangguh langsung tak update pape. dulu pernah gelakkan blog personal orang sebab hal-hal remeh pun nak cerita. ada seorang kakak cakap, kila buat la blog jugak..saya cakap..nak cerita ape? saya menafikan bakat saya sebenarnya masa tu. dan sebenarnya saya mencari sesuatu yang boleh buatkan saya ada blog..nampaknya Shaklee penyebabnya.
  2. Masa. semua orang ada cabaran ni kan. dengan saya ni yang dikelilingi anak-anak sentiasa. kat opis kalau tak sibuk bolehla kan tapi macam tak syok waktu kerja rakus sangat update blog. sekarang ni saya redah je. target untuk post 10 entry sehari akan saya sahut tak kiralah bermandi darah sekalipun. (over) blogwalking 15 kali sehari pun akan saya buat tak kiralah apa jadi pun. push the limit bak kata mok shaklee saya. keluar dari zon selesa. kalau orang tengok saya kat rumah memang geleng kepala. ada anak kembar, keadaan nya lain macam sikit. kadang-kadang saya macam nak nangis kepenatan. bukan macam pun, pernah nangis..selalu jugak..hahhha
  3. Ruang. rumah saya sempit je. 600++sqf didiami 6 orang termasuk saya dan suami lah ye. bila ada ank kembar segalanya double lah..walker 2..buai 2..dan bilik 3 kat rumah ni, yang pakainya 1 je..lagi 1 buat stor. 1 lagi buat agenda jemur-jemur baju..anak-anak akan tidur dimana sahaja. kadang nak terpijak semua benda. jangan salah faham. saya bukan merungut ye jauh sekali tidak bersyukur. masih ramai yang lagi susah kan. cabaran ruang, sebab saya takde ruang pun untuk asingkan diri sekejap dari anak-anak untuk fokus update entry. dahla saya jenis tak suka update cincai sebolehnya taknak ade typo dan selalu nak upload gambar, touch up sane sini..baru publish.
  4. Ilmu. mula-mula nak berblog memang macam bodoh-bodoh alang kan. tak tahu apa pun. siap beli buku mudahnya blogspot padahal bila masa nak baca ntah. benda macam rasanya tak berapa seronok melalui teori, elok praktikal. terus buat. konsepnya godek-godek je kan. makin banyak godek makin terror. tapi takpelah beli buku tu sebagai satu usaha ke arah apa yang kita nak buat kan. makin banyak ilmu berblog pastinya makin seronok. kalau hangat-hangat tahi ayam memang blog akan  suram suriramramram la jawapnya.
  5. Isu semasa. kalau boleh catch up apa yang berlaku seluruh dunia, dan boleh ulas semula mengikut pemahaman sendiri memang boleh naikkan trafik kita kan. saya lemah sikit bab ni. kena banyak membaca isu terkini. saya terror bab-bab random :) pasal produk pun belum update habis habisan. mujur mok shaklee kata, tak semestinya pasal produk je. bina tribe marketing dulu, betul ke ayat aku ni ek. kiranya tak perlu terikat dengan kewajipan update produk semata-mata walaupun tujuan utamanya memang itu.
ok cukup 5 dulu. tak payah banyak sangat cabaran nya kan. akan melemahkan je sebab ada orang pandang cabaran sebagai masalah.

lagipun anak aku dah melalak tu sebenarnya..mengamuk sokmo si Auni ni tau. ngalahkan adik kembo die..anak kedua memang pelik weh..sabo banyok-banyokla duhai hati.

akhir kata, walau apa pun cabaran kita dalam apa sahaja benda yang kita nak buat jangan biarkan cabaran itu membiak semakin berleluasa. perambat dia jauh-jauh ok?

No comments:

Post a Comment