Tuesday, 7 July 2015

Pengalaman Berbuka Puasa Di RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN

Assalamualaikum semua,..

Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat berharga pada 4 julai 2015 bersamaan Ramadhan ke 17 juga bersempena Hari Nuzul Al-Quran. Sesuai sangatlah dengan kami yang datang dari team Kelas Tafsir Al-Quran anjuran Faiz Training Centre yang dinaungi oleh PM Cery MamaFaiz :)

Saya menumpang kasih mereka2 ni semua je. Ya saya pun salah seorang dari ahli jemaah (macam pelik bunyi ahli jemaah tapi nak panggil apa ye?:D) cuma saya masih ada rasa rendah diri yang sangat2 rendah berbanding diorang semua..ya memang saya rendah..T___T

tak payah emo sangat lah kan...mari saya imbas momen best bersama orang2 hebat disekeliling saya waktu tu. bila team Faiz Training Centre (FTC) maklumkan ada majlis berbuka puasa bersama warga RPWP pada 4 Julai.. saya memang dah terdetik..yes aku pasti datang tapi tak nak lah kecoh2 kan sangat kan kita hanya merancang..lagipun my asben keje kan tak tentu..tapi dengan rakusnya bini nya ni apply cuti bagi pihak suami nya T___T..lulus ke tak tu belakang kira.

berendam air mata jugak nak datang RPWP ni..tak payahla sy cerita apa yang jadi cukuplah saya katakan bila kita nak berhijrah ke arah yang lebih baik atau nak ke jalan yang ALLAH redha, maka halangan tu pasti ada. ya, bagi saya nak ke RPWP adalah satu benda besar yang saya tunggu2,..mungkin bagi orang lain takde rasa macam ni tapi bagi saya rasa macam berjuang habis-habisan nak kesini :(.. akhirnya Allah izinkan...

rumah ini menyimpan pelbagai cerita dengan penghuni nya hebat2 belaka,..

imbas kembali macam mana saya boleh tahu pasal RPWP ni..mulanya saya follow Saiful Nang (SN) sebab terkesan dengan cara dia didik anak dia melalui Istighfar/Ikrar dan sebagainya yang mana pendekatan yang digunakan sangat berbeza dengan kita malah tak sama dengan kelas parenting diluar sana pun.

bila SN banyak share artikel dari Warga Prihatin (WP) maka saya pun mula selongkar tentang penubuhan rumah anak yatim, asnaf yang cukup berbeza ini. berbeza yang saya maksudkan adalah kerana pendekatan Al-Quran yang para pengasas ini gunakan untuk mendidik anak2.. bukan macam pendekatan yang kita guna yang ambil sikit2 surah dari AQ untuk lembutkan hati anaklah, bagi anak bijaklah, tundukkan anak yang nakal lah..tidak...Warga Prihatin gunakan keseluruhan isi AQ, dalaminya dan terapkan pada anak2 sebelum mereka lahir lagi. boleh jenguk FB page mereka untuk lebih faham maksud saya ini. dari situ saya tahu SN merupakan salah seorang dari 20 orang pengasas bersama RPWP yang mana mereka menginfakkan keseluruhan harta benda mereka, baik perniagaan mahupun harta benda peribadi ke RPWP. pendek kata mereka ni fakir lah. ya sila fahamkan maksud fakir yang sebenar, saya pun baru tahu dalam kelas sesi yang lepas. dah berapa lama sy salah faham pasal fakir nih.

ok panjang pulak intro nya.. membebel nampakkkk T___T

saya harap boleh jejakkan kaki lagi kesini dengan persediaan mental & fizikal yang lebih mantap..ngehee kenapa saya cakap camtu?sebab tak menahan nak kawal bebudak berempat ni.. yang kakal berdua ok lagi yang sikembar tu hah,..aduuiiiyaiii nak ajak bergambau pun tak dapek :P

ada gaklah gambar mama yang steady senyum..kalo tak,..hmmmphh

sempat beramah mesra ngn Jue Rahman ni je...ngan yang lain segan2 lah nak gi masuk line..:PPP


family potrait failed :))

rasa segan ngan budak2 sini memang very behave..perghh trademark MSC cakap omputih tetibe,..:D oleh kerana itu, anak aku jadi terpinga2 ditengah laman,..

kan?macam blur2...'where are we..? mama akan jawap..some kind of heaven ya anak2..inilah syorga dunia..gitu skali mak nye hoverr

sempat gak tumpang sekaki join diorang bergambar;

antara yang berkesempatan hadir

ok tak aciii,..diriku tiada..sob...sob


mari kita tinjau sekitar RPWP yang nampak macam dhaif kalau kita tengok sekali imbas dengan pandangan mata kasar.. terkejut terjelepok bila tahu apa ada disebalik rumah yang kelihatan biasa2 ini..

sukarelawan WP sedang setup makanan untuk tetamu berbuka


ruang yang biasa digunakan untuk mengalu2kan dan meraikan tetamu tak kira tetamu dari kalangan VIP ke VVIP ke..inilah ruangnya.. 

oleh kerana waktu berbuka masih berbaki lagi setengah jam tak silap saya,..so adalah anak Nisak WP yang sudi jadi tour guide kami untuk meninjau2 kawasan..kalau tengok dari depan macam takde apa nak ditinjaukan..macam tulah perasaan saya waktu 1st time datang dulu tengok dari depan dapur tu terdetik dihati..ini ke rumah yang aku tengok2 dalam website dalam FB dalam page tu..kata ada macam2 kat dalam ni budak2 semua ada tempat belajar lah tempat meneroka lah belajar dari alam lah..cehhhh teruk mengomel

haa nilah tour guide nya..tak dan nak dengar introduction nya mesti die bagitau name die ke kan.. 

ni laluan pertama kitorang..uiii macam2 ado kat lorong ni..memang macam bengkel,..nak kata bengkel kereta pon tak bengkel motor pon tak.. bengkel besi kut naa..semua ada..spare part ape nak..diorang letak semua kat sini..

ke belakang,..rasa macam masuk dunia lain jap..err speechless







rupanya penghuni RPWP membina rumah mereka berdikit2..ada barang mereka buat..buat sama2 lak tu takde orang luar..takde kontraktor luar..mereka gunakan kepakaran masing2 dalam bidang masing2 untuk menentukan binaan rumah mereka ni..jangan tak tau pengasas2 RPWP bukanlah calang2 orangnya..tengoklah latar belakang SN sendiri..bukan cikai2 punya orang..jadinya..tiada yang mustahil.walau nampak bahaya dimata kita orang luar.namun mereka lebih arif tentang apa yang mereka buat. sepertimana kata Ustaz Shauqi yang setiap minggu mengajar kami di FTC,..rumah ini dibina dengan penuh kasih sayang antara mereka..setiap orang menyumbang tenaga baik murrobbi juga anak2 rijal mereka..Allah hu Rabbi.. terasa bahang keberkatan disitu,..

menaiki tangga ke tingkat atas pulak



memang terkejut..tingkat atas ada dewan untuk beraktiviti..ada perpustakaan..ada bilik komputer...(gambar2 dah delete lah pulak sebab kabur)

saya tak terlibat dalam kesemua tinjauan ni gara2 lenguh mendukung si kembo T___T sorang berdukung ngan mama sorang lagi ngan mama..bahaya bebudak ni dibiar melilau sendiri..baru dapat kaki kan tengah ligaatttttt..

lepas tu semua tamu dah duduk standby tunggu waktu berbuka.. 


sopan je anak2 sana,..kelakuan sopan,..baju seragam pun sopan..Allah hu Akbar

selfie ciked =)

huru hara anak2 orang biasa T__T




baru lepas solat maghrib.. boleh makan2 before solat terawih.. eh macam kenal si botak itewwwww


berbuka lapik perut dengan browniess yang sedap gilerrrrrrr..ngan kurma dan anggur.. lepas solat maghrib baru lah makan berat..sedaaaaaaaaaaaaaap sangat! tak sempat snap picture.. pinjam gambar orang lahhh

errkkkkkk 4 mangkuk hadap sorang??hahaha harap2 tuan badan tak marah gambar masuk blog aku..hihihii

eh!!! ada lah gambar aku tengah makan,..siap bersama hubby..siap bersama SN lagikkk...


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,.....jauh2 la..

hahahahaha,...siap bulatkan gambarajah tak tahan tu..nak menujukkan ada gambar dengan SN..:))



anak2 Nisak makan dengan sopannya..

menu sedap sangat..patin masak tempoyak spesel ni dari restoran makngah..ayam goreng berempah..sayur pucuk labu ke tu eh..hmm ye kut..ikan goreng sambal pun ade..hmmm amani siap menambah2..=) kesian baba die lah..laparrrrr..mujur ade browniess.. tu gak punca kami gerak awal..tak sempat ke aturcara seterusnya..ucapan azimat yang dinanti2 pun tak sempat dengar..

ucapan dari SN,..menyentap hati kata nya,..ada yang forward isi ucapan beliau..hmmm memang kalau hubby tak balik lagi..dengar ni silap2 taknak balik terus..bak kata ustaz AZ :P

ucapan yang tak kurang hebat dari 'ayah Nazri'..hehehe orang besar FTC nih..

menyanpaikan sumbangan pada anak2 

Ok,..majlis bersurai,..rugi gak saya tak dan salam2 cium2 amek berkat ngan anak2 sana..takpe..panjag umur ada kesempatan lagi InsyaAllah..





memang diorang ni memuliakan tetamu sangat2,..waktu saya nak balik awal tu pun,..siap hantar kat kereta..tutupkan pintu..sebab saya duk kelek anak kan macam tak cukup tangan..siap asben dihantar naik shutter ke tempat parking amek kereta..subhanallah..kalau macam ni perilaku dan disiplin para murrobbi disana maka tak hairanlah anak2 mereka begitu elok budi pekerti..

tu jelah sharing pengalaman dari sy,..memang pengalam bernilai sangat...

TQ for reading :)








No comments:

Post a Comment