Assalamualaikum
khamis lepas selesai sesi ke 8 kelas Tafsir Al-Quran kami warga Shaklee bersama Ustaz Shauqi dari RPWP. dah kenapa baru nak hapdate lepas sesi ke 9?? T__T well,...sesi kalini ada drama air mata. setiap kali sesi sharing/soal jawab memang akan ada drama air mata tapi kalini air mata tu dari diri sendiri ;p ntahla emo sangat2 kalini..
patut ke cerita kenapa?tak payahla kann...eleh korang memang suka cerita2 hangat ni kan..huhhhhh cukuplah sy katakan sy terkesan dengan topik kalini ni iaitu 'PARENTING'..camne nak kupas ek..kelas dah 4 hari berlalu takdelah nak ingat detail semua dan lagi pulak buku nota tinggal kat rumah..hihih boleh alasan bagai..
carik mana mamasihatcantik?:D takpe2 mama tolong carik dari sendiri..khas tuk korang yg belom kenal mama ..mihmih
tuuuuuuuuuuuuuuuuu dier,...siap zoom & bulatkan wajah T__T..motip nak kabo muke rezakkk sokmo setiap kali kelas..macam jahil gile..dan jakun dengan cerita2 ayat AQ yg semuanya kena atas kepala sendiri..kunun selama ni baca AQ dua 3 lai tiap kali pah solat agak2 sangka2 dapat pahala lah..padahal..sia2..sebab satu habuk hape tak paham..syukurlah...dah nampak sikit2..dah mula boleh keluar dari ajaran nenek moyang yang banyak bersangka2..
ok ini perkongsian dari anak RPWP.. Hariz..umur 18 tahun..apa yg disampaikan buat kami ternganga.. jauh beza dengan anak2 kita kat luar ni yg rata2 umur 18 tahun mesti duk sibuk pikir tak sabar nak masuk U nak keluar dari genggaman mak ayah.. duk tengah gila gadget ke kan..layan retis hollywood ke.. kata2 anak Hariz memang mencerminkan akhlak anak2 RPWP..rata2 diorang memang matang & petah bercakap..
camane nak cakap yek,..rasa lega sangat2 tak tahu nak kata apa,...isi sendirilah tempat kosong tu ya,..tapi bila dah sharing2 sesama ni kita akan rasa yang bukan kita je ada masalah yang bersarang dalam kepala,..dalam dada,..semua orang ada masalah..bezanya nak share ke tak,..berat mana masalah tu..kat mana lompongnya,..bak kata ustaz,..kelas ni berdaulat..nak share boleh share..lebih baik share dalam kelas dari share kat FB or kat kawan2 yang belum tentu boleh dipercayai atau ada jalan penyelesaian untuk kita.
bila share dalam kelas, sy yakin sy tak silap tempat.. ustaz noted. dan menganggap itu satu masalah yang wajar diambil berat dan dipandang serius..wahhhhhh..lagilah korang macam sibuk nak tahu kan..kihkih.. kalau nak tahu warga RPWP memang banyak dapat kes2 keluarga pincang yang memerlukan rawatan. walaupun organisasi mereka masih dalam zon kecil tetapi kekuatan mereka tak dapat disangkal lagi dengan bukti akhlak anak2 yang terpamer tika dalam majlis yang mana kami saksikan sendiri.
besar topik parenting ni bila dikaitkan dengan ayat2 dalam AQ sebab semua tu adalah ayat Allah. tak sama dengan yang kita baca dalam buku motivasi kat luar sana kerana tiada yang boleh menandingi ayat2 suci AQ kan?memanglah terkesan sangat dihati ini dan boleh dikatakan sy totally failed dalam mendidik anak.
sy taknak share lagi apa yang sy dapat dalam kelas haritu. satu sebab nota takde, satu lagi sebab tajuk ni agak heavy sebab ada kod-kod surah dan ayat yang perlu dirujuk so sy tak nak pentingkan diri sendiri dengan main taram je menulis apa yang terlintas.
selalu2 lah buka blog mamasihatcantik untuk update terbaru :)
*taktik sangatttttt
No comments:
Post a Comment