Tuesday, 31 March 2015

Bukan straight A's

Assalamualaikum

Waktu Amani bagitau dia ada exam minggu depannya tu..kami sibuk duk packing nak pergi Melaka.. Family day..dah lama tak berkumpul ngan family belah baba dia.. mama memang cemas dengar exam ni sebab tak terkjar nak pantau kerja sekolah dia..bila masa pulak nak mengajar nya ni..kejam nya rasa...alahai

Ni exam sekolah agama..subjek akidah, ibadah semua tu..memang cemas mam nya tapi buat selamba jelah tak kan nak tunjuk cemas depan anak kan.. pergi Melaka tetap pergi lah..heheee yang bestnya tak terfikir pulak nak bawakkan buku dia untuk ulangkaji..memang tak pentingkan pelajaran ke hape mama nya nih T___T

Bila cousin dia belek-belek buku main warna-warna,..mula la dia emosi nak jugak..next time pergi mana-mana wajiblah bawak buku kan..jadikan amalan...

Hari pertama Exam,..mama tanya ok tak kak, boleh buat ke? 'taaaaak..amani tak boleh buat..

Alahai siannya...hari kedua pun dia tak excited bercerita cuma dia kata kena datang awal seminggu minggu exam tu sebab cikgu nak susun kedudukan..yelah 10 minit sebelum exam dia dah turun dulu tak tunggu mama dah sekarang ni dah pandai pergi sekolah sendiri... kat bawah je pun mama tak risau sangat lagipun setakat ni kawasan rumah ni Alhamdulillah secured :)

Seminggu exam telah berlalu...mama tak expect pape pun..nak tanya bila result keluar pun tak terkeluar dari mulut campur ngan mama busy manjang...patutla ada orang tak nak anak ramai kan..sebab tak boleh bagi sepenuh perhatian kat anak.. Bila dah ada 4 anak ni kan..dan ada pulak yang sekolah dengan yang baru dapat kaki citnonet tu kan..jadi haru biru sungguh hidupnya..asal nak ngajo si kakak, adik kembo dah tarik-tarik kaki mama ..kalau mama ngajo kat lantai nak sambil-sambil layan si kembo...habih pulak pencil box, buku semua dipunggah nya..dah berapa kali dikunyahnya pencil colour tu..colourful gigi lidah semua..haiiissss

Itu yang jadik kakak-kakak terabai...sepatutnya kita bagi perhatian kat kakak lebih sebab dia dah start bersekolah..tapi ada orang boleh je bagi perhatian kat anak-anak seramai 7 orang T___T
Walaubagaimanapun bila keputusan amani keluar..mama sebak bercampur tergamam la jugak..Ya bukan straight A's semestinya..tetapi LULUS semua..Alhamdulillah sangat-sangat..Siap mama Tanya amani buat sendiri ke ada tiru-tiru..kuang hasam betul kan maknye dahla tak ajar anak boleh lagi Tanya soalan macam tu kan..

not bad kan?syukur sangat-sangat...dia boleh terima apa yang diajar dalam kelas..Alhamdulillah..yang mama teruja sangat kedudukan dalam kelas is no 7  nombor kegemaran mama hikhik T___T well done kakak :P


Sungguh memang mama tak expect amani cemerlang dalam pelajaran tapi mak mana pulak harapkan anaknya gagal kan.. cuma sendiri mau ingatlah kalau nak anak cemerlang mak kena banyak main peranan.. InsyaAllah mama akan pantau lah pelajaran dia lepas ni

T_____T

No comments:

Post a Comment