Friday, 14 August 2015

Ibu Hamil wajib ambil Asid Folik untuk mencegah 'Neural Tube Defect'!

Assalamualaikum

Pernahkan ibu2 mendengar istilah 'Neural Tube Defect' (NTD)?

Neural tube defects (NTDs) are a group of conditions in which an opening in the spinal cord or brain remains from early in human development. In the 3rd week of pregnancy called gastrulation, specialized cells on the dorsal side of the embryo begin to change shape and form the neural tube. When the neural tube does not close completely, an NTD develops.
Specific types include: spina bifida affects the spineanencephaly results in little to no brainencephalocele affects the skull, andiniencephaly which results in severe neck problems



Dalama bahasa mudahnya ; NTD adalah sejenis kecacatan pada janin. pada kelahiran normal ketika usia kandungan mencecah 3-4 minggu terdapat beberapa sel yang spesifik dalam embrio akan bergulung dan bercantum hujungnya bagi membentuk satu saluran tiub yang dinamakan NEURAL TUBE.  

contoh anencephaly-->> tiada tempurung kepala



contoh spina bifida

NEURAL TUBE inilah yang akan berkembang dan membentuk saraf tunjang dan otak. Jika NEURAL TUBE ini tidak dibentuk dengan baik maka berlakulah kecacatan neural tube yang boleh dilihat sepanjang kepala ke hujung saraf tunjang. 
Sebab itulah kebiasaannya KKM akan bekalkan asid folik pada ibu2 hamil. Tidak memadai dengan hanya mengharapkan vitamin itu datang dari diet yang dimakan. Ini kerana diawal kehamilan ibu hamil akan mengalami loya dan muntah-muntah. Ini akan menghalang juga membataskan ibu hamil untuk mengambil makanan berkhasita secukupnya.
Fenomena inilah yang mewajibkan para ibu hamil mengambil asid folik setiap hari sebanyak 400mcg. Asid Folik bukan sahaja bagus dalam membantu kepekatan hemoglobin dalam darah, malah ianya membantu mencegah NTD.
Jangan ambil mudah perkara ini. Walaupun jarang berlaku namun ia tetap berlaku. Lebih bagus lagi jika amalkan sebelum hamil lagi kerana ada kes ibu sedar sudah hamil hanya setelah menjalani pemeriksaan dan ketika itu usia kandungan sudah mencecah 6 minggu. Sedangkan perkembangan janin berlaku diawal 28 hari kehamilan. Oleh itu, mengambil asid folik diawal waktu adalah satu tindakan bijak.


p/s : B COMPLEX membekalkan 8 vitamin termasud asid folik dan biotin.



No comments:

Post a Comment