Sebenarnya mama resign ni dalam keadaan amat berisiko jugak sebab mama masih ada komitmen bulanan.. Ngeri kan? Dan berani sangat..
Susah mama nak cakap keberanian ni datang dari mana.. Tengok muka anak2 kot.. Walaupun orang kata kita bekerja pun untuk anak, tapi dalam situasi mama, mama tak nampak celah mana mama kerja untuk anak.. Untuk bayar hutang ade lah.. Akhirannya dapat stress.. Lepas kat anak2... Ohhh biasa terjadi tu.. Tahniah kalau korang tak camtu.. Tapi mama, always mengaku mama memang lemah sikit bab kawal stress.. Masih work hard on it^^
Mama haraplah bila dah tak keje nanti mama boleh berlapang dada.. Susun atur semula waktu.. Lagi mencabar sebenarnya kan.. Mama tak nak jadi macam tipikal mak yang duk umah tengok tv je kan.. Eh bukan tak boleh tengok tv..
Cuma mama nak lebih produktif lah bukan sekadar jadi ordinary housewife.. Mama nak jadi extravaganza gitu..hehe
Berbalik pada komitmen yang masih ada , mama nekad tak boleh tunggu lagi.. Hutang tu lambat lagi nak habis kot waktu tu anak dah besar kan & mama takleh imagine bekerja makan gaji ofis hour hingga ke pencen.. Erkkkk
Mama takleh paksa diri dah.. Mama tak puas bekerja macam tu.. Bekerja semata-mata kerana gaji bukan minat memang lah sakit jiwa weh.. Hari2 mama paksa diri.. Menangis dalam hati jelah.. Cukuplah 5 tahun mama kerja..
It's the time for me to be what i want to be. Yes it's very high risk of doing this but i can't help it.. :'(
Korang doakanlah mama sukses bisnes online shaklee dari rumah ya.. Happynya tak payah keluar rumah dah pagi2 tinggal anak dan berkejaran redah pulak jammed berkejaran nak touch card takut merah.. Semata2 kerana amaun yang akhirnya kita tak dapat rasa pun..
*ini semua hanya luahan hati mama.. Hidup kita lain2.. Maybe korang ada pendapat sendiri.. Jangan ada yang terasa ya dengan kata2 mama..
No comments:
Post a Comment