Thursday 24 August 2017

Kolestrol Tinggi : Punca dan bagaimana cara mengawal

Kolestrol tinggi adalah bahaya dan sering dikaitkan dengan orang berbadan gemuk atau besar. Namun itu adalah salah sama sekali kerana tahap kolestrol yang tinggi dalam darah tidak bergantung pada saiz badan seseorang. Oleh itu tidak pelik jika orang kurus juga mempunyai paras kolestrol yang tinggi.






Kolestrol yang tinggi datangnya dari 2 punca iaitu; pemakanan dan badan kita sendiri. Hati (hepar) dan sel lain dalam badan kita mengeluarkan kira-kira 75% daripada kolestrol darah. 25% selebihnya adalah dari makanan yang kita makan.

Julat yang selamat untuk pengambilan kolestrol adalah antara 200-400mg sehari. Apabila disahkan mengalami kolestrol tinggi, kebiasaannya kita dinasihatkan untuk tidak makan daging, santan, telur atau makanan berlemak lain.

Namun jika tidak berkesan, bolehlah mencuba alternatif lain atau mengambil suplemen untuk membantu menurunkan kadar kolestrol.

Antara tanda yang boleh nampak dari luaran jika anda mengalami tahap kolestrol yang tinggi adalah timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka, bawah leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.





Sebaiknya jika ingin kurangkan kolestrol, perbaikilah gaya pemakanan dan banyakkan bersenam. Tiada jalan singkat untuk sihat melainkan dengan usaha dan bantuan suplemen yang tepat.

Thanks for reading

Mamakayla
010.294.1344

No comments:

Post a Comment