Wednesday, 18 March 2015

Apa ada pada gelaran?

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian dari ceramah siang tadi #Protokol & Etiket Sosial...

Memang rasa sungguh sosial sepanjang ceramah berlansung T____T

Rupanya selama ini aku main taram je semua benda... Malah tak ramai kut yang tahu protokol-protokol ni kan?Emmm paling ikut protokol majlis yang saya pernah pergi adalah wedding cousin hubby.. Makan course by course.. Aihhh rimas gila rasa nya.. Mujur duduk semeja ngan family members je takdelah malu sangat kan.. Tapi tu pun kena tegur., salah pegang/guna garfu.. Errrkk? Seriously? Memang takleh bawak ke majlis lah aku ni kalau gitu hahahah

Sebenarnya protokol ni bukan nak menyusahkan si perancang majlis/tuan rumah atau tetamu yang hadir.. Rasa menyusahkan kalau kita tak faham protokol tapi kalau faham, memang menyenangkan.. Majlis akan berjalan lancar je.. Jangan ingat kita orang biasa-biasa ni tak perlukan protokol ya sebab sekecil-kecil majlis sambutan hari jadi pun ada protokol nya kan?contoh; dimajlis hari jadi anak kita, siapa tetamu VVIP kita?of course beday gal/boy yang diraikan tetapi kalau majlis tu agak grand sikit yang mana kita jemput majikan kita yang berpangkat Dato' la katakan... Haa siapa VVIP dalam majlis tu?macam mana nak atur majlis?

Syok jugak belajar protokol ni..sekarang mungkin rasa tak penting tapi manalah tahu satu hari kita kena anjurkan event sendiri ke kan?!

Layankan gambar di bawah... Maafkan hamba,.. Tak edit gambar dan senget benget.. Dahla duk side tepi ada hati nak snap jugak tuh gagagagagah ikutkan hati suka duk port tengah tapi biasaklah ladies kan mesti nak duk ngan geng-geng (bajet remaja)

Memang ada bermacam jenis panggilan dalam dunia ni kan? Yang mana tak pernah aku ambil peduli pun sebelum ni.. Lagilah panggilan-panggilan turun-temurun nih.. Satu benda saya baru tahu rupanya orang yang ada pangkat 'Syed ke Sheikh ke Syarifah ke kan sebenarnya perlu dipanggil atau disapa dengan 'Tuan' sebenarnya..kita saja yang tak praktikkan.. Ikut protokol nya begitu.. Bukan calang-calang eh.. Asal-usul keturunan ini dari Arab rupanya.. Keturunan Nabi kita la Muhammad SAW..

Tu panggilan untuk orang-orang yang berkait dengan keagamaan.. Dari Mufti hinggalah ke ustaz ustazah... Biasa ustaz dipanggil Al-Fadhil Ustaz sekian sekian kan.. Ustazah pulak takde.. Padahal ustazah pun kena panggil Al-Fadhilah ustazah sekian sekian... Haaa protokol nya begitu keh?

Haa... Isteri PM kita... Jangan tak tahu beliau ada 4 Panggilan Hormat yang berbeza..orangnya seorang ja tapi ada 4 panggilan bergantung dalam situasi/majlis mana beliau hadiri... Memang penganjur majlis kena hati-hti bab ni..

Angkasawan Negara kita pun sama.. Diam tak diam dah ada 5 Panggilan Hormat.. Panjang cerita kalau nak hurai... Pendek kata... Semakin naik pangkat semakin panjangla PAnggilan Hormat nya..

Ok.. Bawah ni pulak adalah antara golongan yang perlu ada protokol  permaidani merah @red carpet ketika sesuatu acara berlangsung..


Tapi bergantung pada negeri jugak.. Kalau Kedah karpet kuning tapi kita tetap sebut red carpet lah takkan yellow carpet pulak kan

 Ini kedah punya protokol..

Ini Johor... Biru..

Ok... Kita rakyat biasa ni boleh ke sesaja nak jalan atas red karpet? Boleh! Waktu kahwin..dimajlis kita sendiri.. Bukan waktu majlis adat istiadat sultan ke apa ya..

Saya masih merasakan.. Ada apa pada gelaran@panggilan?kita makhluk Allah sama sahaja disisinya.. Hanya ketakwaan yang membezakan kita.. Ewaaahh..belum dapat pangkat Datin.. Aku cakapla cenggini T____T

Tapi bila En Ahmad Dan, penceramah yang hebat dan arif pasal protokol ni bagi kesimpulan begini.,, maka saya fahamlah

Apa? Korang tak faham? Eh... Kursus protokol sebenarnya kena ambil masa 3 hari sekurang-kurangnya baru boleh faham belum tentu khatam..so ini roughly jelah ok

Lepas tu kami diberi pengetahuan pula pasal Etiket sosial yakni adab-adab dalam bersosial.. 

Berikut, pentingnya pengurusan imej seseorang ;

Tak berapa jelas?memang pun..2jam je kupas topik ni agak rushing tapi seronok sangat banyak benda belajar.,, cara guna garfu pun diajar.. Tak kekok la i dinner ngan master-master shaklee kat hotel nanti.. Waaahhh sempat!

8 elemen untuk bina imej profesional yang sempurna & holistik.,, haaa kiranya kesempurnaan dalam diri itu boleh dibentuk dan dipelajari.. Yelah bukan semua orang berlatar belakang kan kehidupan yang penuh etika kan.. Ramai je yang cara jalan pun bersepah, gelak berdekah, cakap dengan nada kuat.. Haaa aku lah tu.. Camne nak masuk majlis... Nak bergaul dengan kelas atasan? Ataupun nak meyakinkan orang sekeliling dengan kelebihan kita?lagi-lagi kalau kita kerja dalam bidang yang memerlukan komunikasi yang berkesan... Alah contoh jual produk lerrr T___T

Satu tips! Kita kan tak boleh bersalaman dengan bukan mahram.. So untuk tidak mengguris hati orang yang hulur tangan, kita awal-awal lagi sorokkan kan tangan ke belakang sambil tunduk atau tangan kanan di atas dada kiri.. Sambil tunduk dan senyum okeh?

Tatacara nak memulakan perkenAlan dalam sesuatu majlis rasmi... Panjang lebar huraian...pendek kata jangan main terjah je kena ikut hierarki diatas..

Macam-macam gaya orang bersalam kan?yang paling tepat yang last sekali tu lah 'erat dn mesra' gituh!

Sembang-sembang pun ada etika tau!jangan main terjah aje..baru-baru kenal orang jangan duk tanya soalan sensitif..'berapa orang anak?gaji sekarang berapa dah?gred apa? Wah very rude & not proper..

Ok sila perati cara jalan masing-masing ya! Jangan jalan catwalk itu untuk model aja.. Jangan pulak jalan bearwalk(terkangkang).tak sopan! Seeloknya jalan kaki ke depan mengikut garisan lurus (imagine lah garisan itu)

Ok ini last picture saya snAp... Cara duduk paling elok tak sempat ambil.. YAng berpeluk tubuh ni tak bagus ya tuan-tuan... Eceh..

Sebenarnya etiket sosial ni menekankan cara dan adab yang tidak mengguriskan atau menyakitkan orang. Bagus sebenarnya kan kalau tahu etika dan protokol ni sebab boleh praktikkan dalam kehidupan kita seharian tak semetinya bila berurusan dengan orang berpangkat sahaja.

Panggilan hormat sesama kita yang tiada gelaran ni adalah Cik Puan/Tuan.. Memang ada rasa bangga dan berbunga-bunga hati tu bila disapa 'Cik Puan.. Silakan... Ikut saya.. Datin Sakila nak jumpa.. Gitu contoh!! Hahahha 

Dengan pesakit disarankan panggil dengan gelaran gitu jangan panggil pakcik ke makcik ke abang ke kakak ke.. Ikut protokol.. Konpem sakit cepat sembuhnya! 

Sekian perkongsian.. 

Akhir kata terimalah Cik Puan Sakila Rani :D


Dengan senyuman auta beliau..menahan  ngantuk.. Macam serap semua input selama hampir 8 jam T___T

No comments:

Post a Comment