Assalamualaikum,..
"Kenal diri itu penting.. Mengenal diri laaaaaaaaaaagiiii penting"
"Minda manusia ibarat payung terjun..Akan berfungsi setelah di 'switch ON' "
Wah gitu perenggan pengenalan nya..segak kan?:D
Semalam saya berpeluang mendengar ceramah pasal "Personaliti Diri ; Mendorong Staf Meneroka Potensi Diri".. Menarik kan tajuk nya? Tapi saya menguap beberapa kali dalam dewan..gahgahgah..nak salahkan penceramah tak agresif, tak pandai curi perhatian ke guane?ok salahkan diri sendiri jelah..dah makin menginjak umurnya, anak bertambah...tenaga berkurangan..lemau sokmo T____T
OK Jom baca secubit ilmu yang saya dapat semalam..
Menurut Tuan penceramah Encik Fadhil Majid (FM), Menggunakan method 'Rayid Method'...
carian google
Karakter manusia terbahagi kepada jenis iaitu : FLOWER, SHAKER, STREAM & JEWEL (merujuk gambar di atas)
Ciri-ciri nya :
- SHAKER -->>berani, pantang dicabar, degil, berprinsip, 'born to be leader'
- FLOWER-->>periang, peramah, happy go lucky, jenis yang menceriakan suasana
- STREAM-->>kuat fizikal, ringan tulang, pendiam tapi kerja siap
- JEWEL--->>>berdisiplin tingggi, terperinci, detail, 'perfectionist'
Orang SHAKER & FLOWER banyak menggunakan OTAK KANAN dan lebih gemar men'visual'kan TARGET yang mereka ingin capai.
Orang STREAM & JEWEL banyak menggunakan OTAK KIRI dan lebih gemar men'struktur'kan TARGET mereka agar lebih tersusun.
Itu lebih kuranglah ciri-cirinya..anda pasti boleh imagine kan?ada orang-orang begitu sekeliling kita,..dan kita??yang mana satu agaknya T___T
Saya macam blur-blur waktu ni..yang pastinya Flower memang diriku...kot??! tapi kekadang saya rasa saya Shaker,...errrr dilain waktu saya rasakan saya Stream... Dilema mengenal potensi diri melanda nampaknya...Sebab tulah di akhir sesi saya bertanya 'Encik...saya macam masih belum pasti saya dalam karekter mana..(sambil buat muka blur sangat-sangat)
Encik FM kata 'nanti jumpa saya waktu makan..boleh buat 'applied kinesiology' tu..
lebih kurang camtu lah cara nak test karektor manusia sejagat! eh tapi jangan risau kalau perempuan Encik FM pakai sarung tangan waktu pegang tangan kita dan tangan lagi satu tu tak sentuh pun dia ambil getaran je kut..dan perbuatan ini adalah dikhalayak ramai jadi tidak timbul fitnah..wah beriya explain!
Errr,,..ok..tak jadilah nak buat kan..seganla pulak ..ramai orang kat luar..tadi dalam dewan ramai jugak tapi kurang segannya sebab itu memang sesi nya..dalam dewan dia minta 4 orang je volunteer buat ujian tu...kalau 10 orang,mahu saya salah seorang darinya yang volunteer T___T..Yelah..PENTING untuk tahu kita punya karektor untuk mengetahui potensi diri kita..Contohnya, macam ada orang ni dia belajar setakat tingkatan 3 je sebab mungkin masalah kewangan atau masalah keluarga..Dia pun meneruskan kehidupan dengan pendidikan tertinggi dia pada tahap itu sahaja. Orang ini pun mula bekerja dalam bidang yang selayaknya mengikut tahap pendidikan dia. Tanpa dia ketahui kebolehan diri dia yang sebenar. Dia hanya mengikut arus..Hilanglah bakat atau mungkin kemahiran tersembunyi yang dia ada dalam dirinya.
Saya nak tahu sangat samada saya ni lalang ke...goyang mengikut arus..mengikut keadaan sekeliling..asyik tak pasti apa yang diinginkan dalam hidup ini..aih nyesal pulak rasa tak buat ujian tu..ahhh pulok!! hehehe encik FM dah kasi email address dia bolehla nak gasak tanya soalan macam-macam kan..T___T orangnya pun baik je cakap sambil senyum je..sejuk perut dengar ceramah nya..huk aloh!
Ada kiraan juga untuk mengetahui ketepatan hasil yang menunjukkan kita ni karektor apa. senanglah dah tahu tepat, tak payah nak try & error lagi..bila dah tahu..apply dalam famili semua..senang dah tahu karektor suami,isteri,anak so senang nak berdepan dengan mereka, boleh elakkan konflik atau pergaduhan dalam famili betul tak?sebab antara punca huru-hara dalam famili adalah masalah komunikasi..lain orang lain cara nya.
Ok kalau berminat nak tahu pasal ni boleh cuba ushar FB encik FM ni ye..beliau berpengalam luas dalam bab ni =)
Sesi seterusnya dengan Tuan Haji Rosdin Abdul Kahar.. Waktu ni seriously saya dah ngantuk tahap cipanzi T___T tapi saya dapat kutip jugak beberapa poin best dalam ceramahnya.
"Gagal adalah SUKSES tertunda"
"CREATIVITY start from BELIEF"
Ingat tak waktu kita kecil dulu kita tak kisahkan apa-apa pun kalau nak buat sesuatu walaupun bahaya kita tak fikir pun kita akan buat sampai berjaya..sampai jadik..walaupun kena marah kena rotan lepas tu kita tak serik..kita bua-buat-buat jugak..sikap DEGIL tu..sikap NEKAD, USAHA, BERSUNGGUH-SUNGGUH ,tak PUTUS ASA tu sangat bagus sebenarnya kan?tapi bawa ke konsep hidup kita yang sebenar..yang sekarang ni...apa kata?jadi budak-budak balik...tak payah fikir kata-kata orang,..jangan takut jatuh!
Sejajar dengan kata-kata itu,..malam tadi tengok RAIKAN WANITA kalini episod bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali..itulah juga kata-kata nya...
"kalau naik tangga..jatuh...baaaaaggunnnnn...naiklagi.....naik cepat...naaaiiiiiikk sampai ke atas! jangan berhenti!!"
T______T
Memang bukan senang. Tapi BOLEH! Semestinya akan ada halangan.. dari diri kita (INNER SIDE) dan dari orang sekeliling kita (OUTER SIDE)..Kalau nak berjaya kita kena usaha robohkan penghalang itu..
BOLEH ke BOLEH?
Thank you for reading =)
No comments:
Post a Comment