Tuesday 8 August 2017

Akhirnyaaaaaaaaaaaa

Subhanallah,.......... rasa nak sujud syukur sangat ni tau. nak menangis pun ada. Dah lama mama rindukan blog ni hukhukhuk. Tengok last update 16 September 2015? huiiiiiiii seminggu after mama resign! makna kata lepas resign terus hilang dari radar lani :)

Macam-macam berlaku lepas mama resign. Sampaikan password gmail pun dah lupa sebab iphone rosak. Tukar nombor. Tukar henfon. Pindah balik duk kampung. Bersalin anak ke 5. Yeah 5 dah noks. Kira nya lepas resign tu, sempena resign kita mengandung seround lagi kihkihkih

Kisah hidup mama banyaaaaaaaaaaaaak sangat mengajar erti hidup ni. Tak terkata lah dugaan melanda sepanjang dua tahun ni. Tak ramai yang tahu dan yang tahu tu pun hanya pada surface. Mama dan suami saja yang tahu hingga ke dasarnya. Pedih nak cerita. Dan mama memilih untuk tidak bercerita. Biarlah hanya cerita-cerita manis sahaja yang berlegar dilaman sosial ni ya, yang sedih-sedih kita simpan dilubuk paling dalam.

Mama percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Klise kan kata-kata ni tapi itulah hakikatnya. kalau kita pandang dari sudut positif, tiada satu pun yang berlaku itu sia-sia melainkan Allah nak kita belajar sesuatu. 

Mama happy tak terkata ni sebab blog di berjaya dikesan semula dengan bantuan Mr. Googly yang kacak lagi hensem (perhaps). Percubaan kali pertama dulu tak berjaya. Mama dah sendu mikirkan nak buat blog baru. Aku dah lupa gila macam mana, ibarat nak kene belajar ABC semula. Gitulah lebih kurang payahnya sebab mama bukan pandai sangat bab ni. Dulu buat pun berdikit-dikit, godek sana godek sini. 

Sekarang ni kalau ada bajet kita cantikkan sket blog ni makeup2 kasi cun. cewaaah orang tengah bersemangat camnilah><

Syukur sangat Allah mudahkan urusan mama harini. Rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup. Paham tak maksudnya? Betapa pentingnya blog ni. Semoga mama Istiqomah update lepas ni dengan macam-macam info kesihatan dan produk Shaklee.

Stay tuned keh

Luv u all

Thanks for reading =)

No comments:

Post a Comment