Wednesday 9 August 2017

Keperluan bagi Ibu Hamil Bagi Memastikan Bayi Mendapat Nutrisi Secukupnya

Setelah disahkan hamil, selain meraikan kegembiraan dan kesyukuran perkara utama yang lebih penting perlu diberi perhatian adalah keperluan untuk ibu hamil. Tidak dinafikan ada segelintir ibu-ibu yang memandang enteng perkara ini dan tidak memeranjatkan jika adayang tidak kena dalam proses melahirkan atau keadaan bayi setelah dilahirkan.

Semua kuasa Allah, namun kita disuruh berusaha menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin seawal dari dalam kandungan lagi.

Apa keperluan ibu hamil?

Jelas ketara ibu hamil sangat memerlukan asid folik janin yang baru terbentuk bagi membantu perkembangan sel dan saraf. Malah disarankan pengambilan, sebaik saja sudah berkahwin kerana ada kandungan tidak dirancang bak kata orang tua 'bunting pelamin'.

Zat Besi
Untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Pengambilan zat besi secukupnya juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

Kalsium 
Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Ibu hamil yang kekurangan kalsium akan terdedah kepada risiko Preeclampsia yang boleh membawa maut si ibu dan anaknya.

Omega 3
Diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber Omega terbaik namun dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan merkuri akibat pencemaran sungai. Oleh itu, ambillah suplemen Omega 3 jika khuatir keperluan omega tidak mencukupi.

Selain 4 keperluan diatas, ibu hamil juga perlukan Protein yang lengkap, Vitamin A (tetapi tidak berlebihan), tidur serta rehat yang cukup dan senaman khas untuk ibu hamil.

Boleh klik sini untuk ketahui cadangan set hamil Shaklee.

Thanks for reading :)

Untuk pesanan
010.294.1344
mamakayla



No comments:

Post a Comment