Monday 2 October 2017

Misteri bakul baju

Dah lama mama pendam kan satu misteri yang terjadi dalam rumah ni. Mama dah tak tahan lagi, kena cerita jugak mana tau ada yang senasib.
'Benda' ni dah lama berlaku. Makin dibiar makin menjadi-jadi.
Waktu zaman anak baru 2 orang mama tak perasan lagi. Bila lahirnya cikkembo anak jadi 4, terasa ketara benda ni mengganggu.
Lahirnya ank ke5 lagi terasa yang amat misteri nusantara.
Makin dibiar, makin menjadi-jadi
Makin mencanak-canak dia mengganas.
Mama buntu dengan misteri ni. Harini mama setelkan, tak lama dia penuh semula.
Harini kosong,
Tiba-tiba sekejapan penuh melimpah 2 bakul full.
Misteri sungguh. Tak pernah kosong!
Harap ada yg mampu rungkaikan misteri ini.
#edisiseram
#meremangke

Sabtu aritu mama update status kat atas tu. Biasa la hari minggu UP status pasal kerja-kerja rumah tangga yang tak pernah habis ni kan. Ada sorang kawan mama komen 'mesti kain baju belambak dalam bakul nak kene setel kan. .'

Malangnya salah tekaan dia tu,..hahah mama bukan nak bangga diri dan memuji diri sendiri tapiiiiiii.. kat rumah ni memang takde bakul baju bersih makna nya takde kain berlonggok! Mama punya style angkat dari ampain terus asingkan ikut kategori dan terus lipat. Sebab mama rimas dan tak suka bila angkat buh dalam bakul, mesti selonggok kan..nampak macam banyaaaaaaak gila lagi takde mood nak lipat. Bila dah siap asing macam tu nampak sikit je. 

Pengasingan mama terbahagi pada 4 kategori.

1. orang tua iaitu mama dan baba

2. baby iaitu dina, dini dan ismail

3. kanak-kanak iaitu amani dan auni

4. spender, spentot, sapu tangan dan stokin (bende-bende kecil)

Mama punya bahagian 1 dan 4. Amani punya bahagian no. 2. Dan Auni punya bahagian adalah longgokan no. 3. Dina, Dini, Ismail belom boleh pikul lagi tugasan ni. Untunglah mereka. Dina Dini teruja nak melipat sama tapi mama tak sanggup tengok hasilnya macam roti canai. Kekadang mama pejam mata gaklah sebab dah melalak-lalak nak lipat kain nak kemas masuk almari sendiri. Bila mama check tengok aduhai mcam tempat kucing beranak. tapi itu keje budak umur 3 tahun lebih. Chill lah mama wehhh

Ok,.persoalannya kenapa sampai takde bakul baju bersih?Mahal sangat ke sampai tak mampu beli?Ntahla. . . tak terfikir pulak kan hahahhaha sebab mama rasa tak perlu kot. Mama duk flat je, umah kecik mama rasa bakul tu mcm menyemakkan keadaan je noks. Lagi satu menyidai pakai hanger, so bukan macam kat kampung sidai atas ampaian memang nak tak nak kena ada bakul kalau tak macam mana nak hangkut masuk rumah, ye tak?

Dan mama rasa, cara mama ni sangat berkesan. Hasilnya mama takde longgokan baju untuk dilipat. angkat je terus lipat. kalau rasa malas nak lipat, takyah angkat dulu hahahah but most of the time memang terpaksa rajin jugak sebab rumah kecik, tak boleh berlama-lamaan tengok kain baju ni.

ni cik kak lipat kain. waktu ni ade lagi bakul baju. si kecik ismail belum wujud lagi ni. gambar lama.setiap bakul tu dah asing siap-siap baju adik-adik dia. senang



ni waktu dah tak guna bakul. dari hanger terus bahagikan pada 4 longgok. kejap je siap kalo buat camni. kalo mama lipat sorang2 semua ni mau bingung mama mung


Gitulah cerita dia,.. setiap emak memang tak suka lipat kain kan rasa macam nak muntah tengok longgokan kain yang tak pernah surut. Bagi yang anak ramai macam mama boleh cuba asingkan ikut kategori camni. Ni nak kata tips,..entahla tak jugak kan cuma a piece of sharing jelah.

ada yang baca ke?

tq gaisssss

much love ;)

mamakayla, mamaof5

No comments:

Post a Comment