Tuesday 21 November 2017

Empat VS Tiga Puluh Empat



Cepat nya masa berlalu. Maka harini genaplah cikkembo berumur 4 tahun sekaligus menggenapkan umur mama ke angka 34 tahun. Makna kata mama lahirkan deme waktu mama umur 30. Senang nak congak gini gaya.

Mana lah boleh lupa kenangan di wad bersalin PPUM. Sangat2 berterima kasih kat para doktor sekalian. Ramai doktor pakar yang standby dalam bilik waktu tu sebab risau ada apa2 komplikasi waktu bersalin sebab diorang suggest mama czer. Mama bersyukur diberi peluang bersalin normal walaupun doktor cukup risau dengan kondisi mama yang ada diabetic mase tu dan jugak ketinggian abnormal untuk bersalinkan cikkembo. Cerita detail ada kat sini kalau korang rajin nak membaca nya lah.

Waktu bersalin Cikkembo mama rasa Allah sangat2 mudahkan urusan mama. Rasanya paling mudah nak dibandingkan dengan bersalin kakak2 dia. Dugaan hebatnya adalah mama terkena chikenpox waktu tengah sarat. Rasanya sakit menanggung chikenpox lebih hebat dari sakit contraction bersalin. sungguh. Serius ni. Mama mmg tak penah kene chickenpox dari kecik so orang kata kene waktu dah tua camni mmg lagi sakit. Lagi2 tengah sarat mengandung. Ya Allah rasa macam tulang temulang kene ramas kene penyek. Berdenyut sakan tak tahu nak cakap camne. Paling banyak kene kat perut lak tu keliling perut semua mama ada tangkap gamba  lepastu tak sanggup save lama sebab sendiri tengok sendiri seram. Cukuplah gambaran tu ada dalam kepala je

Kepayahan lain adalah dalam tempoh menyusukan cikkembo sepenuhnya dengan susu badan. Ya Allah banyak kali mama hampir tewas. Bilik kebal kat ofis tu menjadi saksi mama kadang bercakap sendiri, senyum, gelak sorang diri demi melampiaskan hormon 'happy' untuk meransang susu badan keluar. Berterima kasih sangat2 pada sahabat mama Jue, yg sudi pinjamkan Pam Double Spectra tu sangat2 membantu sebab dah namanya kembar mmg susu nak kena stok double hari2. Jue jugak banyak bagi ilmu dan jugak sokongan kat mama.

Alhamdulillah dapatla 2 tahun cikkembo menyusu badan. 2 tahun lebih la. Waktu ni jugak Shaklee punya produk sangat2 membantu. mama ambil set lengkap menyusu. Complete semua. Memang sangat2 membantu. Memang ada yang boleh menyusu tanpa set milkbooster or whatever tapi maybe orang tu ada ikhtiar cara lain kan. Mana mungkin boleh berjaya tanpa apa2 usaha walaupun ya, susu badan tersedia ada tanpa pengambilan apa2 pun susu akan ada. Namun jangan lupa, seiring usia anak meningkat kemungkinan susu merudum tu boleh terjadi. So langkah selamat ambil set menyusu siap2. mama alami sendiri benda ni. Efek dia bukan setakat untuk susu badan malah kulit kita sendiri elok je, yang mama perasan sangat parut chickenpox yg berselirat kat perut tu dah takde. Best gila. Dan kesihatan mama + Cikkembo sepanjang tempoh menyusu pun Alhamdulillah sangat baik.

Cabaran mama membesar cikkembo bermula dari dalam pantang sebenarnya. memang banyak kali menangis rasanya mujur tak meroyan je. walaupon mama berpantang kat kampung tapi mama jaga diri sendiri. Mak mama keje tengahari baru balik jenguk. Tu pun mama rasa dah banyak susahkan mak mama. seminggu gak mak ambil cuti pegi KL jemput mama.lepastu tolong macam2 kadang berjaga malam gilir2. baba deme dapat cuti 10 hari kut tak silap. tu pon dah semput2 masa sebab mama kene tahan wad lama jugak, cikkembo jaundis dan ada G6PD so doktor nak pantau lama sikit.

Uhh bayangkan la cikkembo jaundis maknanya selang 2,3 hari sekali kene repeat ambil darah kan. Segannnya susahkan mak, abglong. kaklong.. waktu ni jugak lah mama tertukar dina dini sebab mmg takde beza rupa diorang waktu dalam pantang. tanda lahir pun takde. kadang mama hafal kaler selimut je tapi end up sampai waktu nak ambil darah dah lupa aku ni dukung sape si adik ke kakak, tokwan nya plk dukung spe.. aduhhh haru betul tau mase tu klaka bila ingta balik

dah habis pantang balik KL, sebelum mula kerja macam2 dugaan. . tahap stress mama tak tau nak kata dah macam mana. tapi kat tempat keje rasanya orang tak nampak sangat mama stress. mama sebolehnya berlagak cool. Sungguh pun macam tu, dah habis cuti mama taram. Cuti separuh gaji, tanpa gaji..sampai dah takde cuti. dah kene potong gaji pulak lagi.

Mama takkan lupa jasa baik boss2 kat dept mama. Baik bos besar, pegawai, ketua kerani dan jugak pengurusan tertinggi PPUM sebab banyak membantu dan sedaya boleh mencari jalan keluar untuk mama hadapi kesulitan. sampaikan mereka dapatkan Taska PPUM untuk cikkembo yg mana bukan senang nak masuk sebab waiting list panjang. Staf bukannya sikit kan.

Lepas semua kesulitan dan kepayahan, end up mama rasa . . .ya orang sekeliling memang boleh membantu dan mama sangat2 berterima kasih dan takkan lupa semua jasa yang membantu.

Cuma akhirnya mama kecundang jugak. Bulan september 2015, mama akhirnya buat keputusan berenti kerja. Sebab rasanya mama tak boleh handle stress menjaga anak. Itu reason mama. mungkin orang kata mama nak jadi surirumah sepenuh masa, itu kerja mulia namun sebab utama adalah mama tak mampu dah nak handle stress. mama takut nanti menjejaskan kerja dan menyusahkan rakan sepejabat sebab kerja mama waktu tu boleh dikatakan hanya mama yg tahu. takde partner. so kalu incase mama EL ke ape akan mengganggu orang lain. Mama tak suka situasi macam tu.

Ya, cuma yang ada anak kembar boleh faham mcm mana rasanya.  kalau kita kaya lainlah boleh upah maid. Baba deme kerja shift so mmg waktu kami tak sama. Bayangkan la mama sorang2 kene handle cikembo. Ditambah lg kakak dia 2 orang tu pun mase tu baru darjah 1 dan 5 tahun. Belum pandai lagi jaga adik. Kalau sekarang lainlah dah boleh suruh macam2.

Kenapa mama cerita pasal ni semua?

Takde apa. mama cuma rasa legaaaa cikkembo dah 4 tahun. tahun depan dah sekolah :). segala kepayahan membesarkan diorang dah beransur hilang. Bukanlah kepayahan tapi cabaran. Payah tu mmg payah tapi mereka ni anugerah dari Allah. Mama berdosa atas setiap rungutan penat lelah membesarkan diorang.

kadang terdetik dihati, mama hilang pekerjaan disebabkan diorang. Cepat2 istighfar semula. . Bukan diorang penyebab nya cuma mama sendiri yang tak cukup kuat. mama lemah. ;(. Baru diuji sebegini mama dah mengaku kalah. Ya, berhenti kerja ibarat berhenti berjuang. sebab mama bukan termasuk dalam kategori mampu untuk duduk dirumah semata sebenarnya. Ada komitmen yg harus diselesaikan namun mama terlalu lemah, tewas dengan emosi dan tekanan perasaan.

hingga kehari ini mama mencari hikmah disebalik semua ni. syukur dina dini membesar dengan sihat, bijak, petah. . mama rasa takde yg lebih bermakna dari ini.

malam tadi beberapa minit sebelum 12 tgh malam, baba deme wish HB to mama semoga panjang umur dan murah rezeki. katanya tak cukup duit nak beli kek lagi, tunggu gaji lah. mama senyum je

Harini waktu tulis ni mama rasa sebak pulak. bayangkan suami mama kerja nak tanggung 6 orang. Tahun depan cikkembo sekolah semua perbelanjaan diorang double. dan suami still ada keinginan nak belikan mama kek dan tanya mama nak hadiah apa. Mama terharu. Dan tak mungkin mama request apa2. Cukuplah dengan ucapan dan mama mohon Allah lindungi setiap langkah beliau dalam mencari rezeki untuk kami.

Aminnnn

Sedikit gambar-gambar lama cikkembo. gambo terbaru banyak kat FB. ni pon dari Fb gak beno nye

 
mama harap cikkembo rapat sampai besar. gaduh2 tu biasela kan


dina suka solat. dini kene suruh2 dulu. lepastu nanti ade je alasan dia. hihih




ni kat kampung. bilik cirah dia. yg depan tu mulut gedik gitu semestinya Dini si adik. haha gerammmm je mama tengok

mujur sangat ada chair ni tau senang nak suap makan kalo x aduhai basah tiak mama mengerjakan deme. sayang chair ni macam dah tak jual dan cikkembo punya ni pon mcm dah rosak kalo x boleh sedekah kat sesapa 
sembap gila mama masa ni tengah sarat sangat dah terlebih hari tau adik deme dalam perut mama. rasanya ni last foto cikkembo ngan mama sebagai deme anak bongsu sebab lepastu dah jadi kakak.:)

No comments:

Post a Comment