Friday, 24 November 2017

Suplemen VS Ubat Kurus: Bahaya atau tidak

Isu ni kan dah lama sangat kalau makanan tu dah boleh basi 44kali basi dah. Duk ulang-ulang cerita yang sama. Sebabnya orang kita ni malas nak mengkaji dan membaca, suka percaya bulat-bulat apa yang orang share.

sumber : google

Macam nilah. Kalau nak tahu mama ko ni kan dedulu anti-suplemen gila-gila lepas follow blog aididmuaddib. Beliau ni seorang doktor, memang bijak pandai lah dh nama pon doktor otak geliga la kalau takat korang pumpang2 pasal kesihatan sekali das je dia boleh tembak. memang kepakaran dia pasal kesihatan.

Oleh sebab taksub dengan blog dia jugak mama pernah mesej kawan mama yang meniaga salah satu produk kesihatan ni. mama siap attach link blog tu sekali. memang pedas kata aididmuaddib ni kalo bidas orang pasal suplemen. boleh jadi down 77 hari.

Dipendekkan cerita mama kenal shaklee dan terjatuh hati lah puleks. nampak tak?macam jilat ludah sendiri. konon niat mama nak kawan tadi tu tidak terpedaya dengan janji palsu seller produk yang nak kaya semata-mata hingga memperjudikan kesihatan/nyawa orang ramai. macam suci kan niat aku ni? boleh masuk syurga lah nampaknya.

sebenarnya, kalau kita rasa nak kongsi sesuatu pasal keburukan produk yang kawan2 kita jual, cuba check semula niat kita. sebab mama sendiri dah 'terkena' dengan niat sendiri. Adakah betul niat kita nak bagi kesedaran pada orang ramai atau ? Sambung sendiri. Adakah kita yakin sepenuhnya dengan apa yang kita post? Penah tak kita terfikir kawan kita meniaga sebab terdesak? jangan bagitahu dia apa perlu dia niagakan sebab jenis minat dan kecenderungan semua manusia tak sama.

Ada orang suka jual bende yg dia rasa best sbb dia dah alami ke 'best' an tu dan nak kongsi dengan orang lain. Contoh senang kawan mama si Lia ni lah dia start jual PM sebab dia rasa best dia boleh kurus lepas consume 6 box. Adakah dia tak sayang diri dia dengan mengambil produk yang merbahaya? Kita tahu tak apa lagi usaha dia buat untuk kurus?

Kalau dah diet jaga makan, bersenam, sikit lemak pun tak kurang, dan satu hari dia jumpa produk yang akhirnya 'beri kerjasama' pada badan dia untuk buang lemak, adakah dia sibuk mengaut untung?

Dari penggemar fastfood, Lia dah mula menjauhkan diri. Katanya otomatik 'selera saka' pada makanan2 bergoreng, berlemak jadi berkurangan. Maknanye saka dia dah bertemu ruas. padan lah muka. Dan setelah itu Lia jadi rajin bersenam sebab badan dah ringan, dah slim so jadi cergas. Siap ada grup zumba untuk support kawan-kawan yang nak sama-sama sihat.

jadi celah mana nak kaut untung dengan menjual barang yang merbahaya pada orang ramai?

Ok. Soal pendapat doktor yang menolak suplemen sekeras-kerasnya, mama tak berani nak ulas sebab mama hormati 'ilmu mahal' mereka. 5 tahun bekerja dengan doktor mama saksikan sendiri kepayahan mereka nak menggenggam Sarjana dalam bidang kedoktoran ni. Gila kau! Doktor lah orang paling workaholic dalam dunia ni mama rasa. Bayangkan lepas bersalin, belom habis pantang dah datang semula bertugas. Mama yang rasa nyilu2 tengok depa.

So memang mama takkan kondem para doktor. Pendapat mereka adalah berdasarkan kepakaran mereka.

Cuma, isu doktor tolak suplemen dah lamaaaaaaaaaa sangat dan berulang2 benda yg sama. Ada doktor yg menolak, ada doktor yang dah resign jadi doktor dan jual suplemen sepenuh masa hinggakan dah ada legasi sendiri yang cukup gah dan berjaya. So how?Adakah mereka melanggar etika kedoktoran?

Sebagaimana ramainya pesakit yang dikatakan ke hospital akibat komplikasi penyakit akibat suplemen, sebanyak itu jugaklah shaklee mengumpulkn beribu-ribu testimoni yang menunjukkan kesihatan orang awam bertambah baik dari tahun ke tahun. So how?

Begitu juga, hingga ke harini tiada lagi hasil laporan dari doktor yang membuktikan pesakit membawa penyakit berpunca dari makan suplemen. Yang biasa mama dengar puncanya, kolestrol, gula, makanan berlemak, berminyak dan sebagainya.

Tabiat pemakanan kita amat menakutkan tapi yelah, jika boleh menuding jari pada orang lain apa salahnya kita salahkan penjual suplemen atau ubat kurus kan? (jungkit bahu)

Pasal PM mama tak boleh cerita banyak sebab mama baru je start promot dan baru consume sekotak. jadi taknak tokok tambah cerita yang hanya sedap dibaca tapi dusta belaka. Cuma yang mama boleh cakap mama suka PM sebab dia melawaskan dan memang rasa nak makan mengarut tu kurang. Mungkin ini kelebihan fiber, bagi rasa penuh pada perut.

Pasal Shaklee, ya mama berani nak cerita lebih sebab mama dah jadi SID hampir 4 tahun, walaupun sekejap aktif sekejap selow tapi cukup mama katakan Shaklee sangat selamat. memang kiri kanan orang duk hentam, macam2 pengakuan terbuka dari bekas sid mahupun bekas kastemer nya sendiri tapi mama masih yakin dengan shaklee.

Sebabnya simple, mama dah alami kesan yang baik dengan shaklee. Lagi satu sepanjang pengamatan mama walaupun pelbagai kontroversi melanda shaklee mama tengok yang tak senang duduk dan beralih arah biasanya yang baru2 nak kenal shaklee. Leader2 semua rilek je. Bukan lepas tangan tapi mereka tahu apa mereka buat, apa sumbangan shaklee dalam meningkatkan tahap kesihatan ramai orang dan PALING PENTING, semua jawapan pada tuduhan orang pada shaklee ada dalam poket mereka je sebenarnya.

Cuma, bila orang dah tak suka orang dah kecam, kita sangkal macam mana pun orang akan kata 'tegakkan benang yang basah lah, dah kenyang makan rezeki haram lah, hati dah gelap lah'..dan macam2 tuduhan brengset lagi.

Mama punya personal opinion macam ni ya. Ni pendapat mama sendiri nama pon personal opinion, ko suka tak suka pegi buat pendapat sendiri jangan nak viralkan tulisan aku ni pulak aku ketuk sekor2 kang haaaaaa kihkih

Ramai orang share pasal pendapat doktor pasal suplemen. Ya. Doktor kan. takkan nak sangkal lagi. Tapi doktor belajar pasal suplemen ke? belajar lah wehhhh sah-sah doktor tu. Dengar cite doktor blaja bab nutrisi waktu awal2 semester lagi. Ko giler ke doktor tak tahu pasal suplemen. 

Ok kalau gitu pakar nutrisi macam mana pulak?

Kalau tanya mama, mama akan dengar pendapat pakar nutrisi lagi sebab mereka arif bab ni. Doktor? arif juga cuma arif bab dia lah. Kalau dia doktor buah pinggang dia terer tang situ. kalau dia doktor ortho dia arif tang situ. Memang dia ada belajar pasal nutrisi tapi mungkin sebagai silibus pengajian saja, tak teroka habis2.

Dulu mama kerja kat radiology dept, doktor pakar kat situ ade kepakaran mereka masing2 bukan ko boleh tanya segala benda. Contoh doktor ni terer bab intervention, ko tanya dia boleh jawab sambil pejam mata. Tapi kalo ko tanya pasal breast cancer, mammogram, dia akan suruh refer pakar tetek la. Contoh ok. sebab mama perasan dulu, doktor2 ni ada yang jaga makan, ada yg main tibai je makan semua bende dan saiz badan pun gemuk je selamba.

Doktor pun manusia biasa weh. Ada yang makan vitamin jugak untuk kulit, untuk badan. Ada yang tak suka telan vitamin dan suka makan buah dan sayur sebagai ganti. Bila ada doktor yang buat bisnes jual suplemen, dia dikatakan melanggar etika kerja dan pentingkan diri. Takkan lah sepanjang dia menjual bende tu dia tak terlintas dihati nak gunakan ilmu kedoktoran dia? Sebab nak kaya ke dia jadi macam tu?

Semak balik hati kita. Pasal produk2 yang kene kecam ni kan memang orang kita ghairah nak share. Dengan hashtag untuk kesedaran orang ramai. yakin sungguh dia orang ramai perlukan kesedaran dari dia pulak tu. Dia ingat orang yang beli produk kurus ni takde kesedaran gamaknya. Dia tahu ke yang orang tu dah selidik habis2 sebelum membeli? Apa dia ingat dia sorang sayang buah pinggang? halah halah

Dan orang yang tak pernah ada masalah kegemukan ni biasanya tak pernah rasa terdesak untuk memiliki produk kurus,. Dia dengan bangga diri tunjukkan dia jaga badan dengan jaga makan, workout sahaja dan tak perlukan alat untuk kurus. Pernah tak terfikir macam mana orang gemuk struggle untuk turun berat sekurang2 nya sekilo? 

kalau ada produk boleh membantu, why not?

lagi satu, dikalangan kawan2 kita sendiri je yang jual produk2 ni. kita ni yang konon dah tersedar tentang bahaya sekian2 produk kenapa tak tanya kawan tu direct 'eh betul ke ape ko jual ni bahaya?'

Ce tanya terus. cuba berdamping dengan seller2 tu sendiri. sebab kebiasaannya, kita akan dapat a different story. Contoh, instead of baca status doktor buah pinggang cerita pasal bahaya suplemen, apa kata baca pulak status doktor yang cerita kelebihan amalkan suplemen dan saksikan sendiri macam mana lifestyle dia berubah. 

Baru adil. Baru boleh buat judgement dan timbang2 sendiri lah produk ni macam mana. tak payah bagi kesedaran kat orang lain, sedarkan diri sendiri dulu. 



hambek gamba testimoni nih. kalau nak oder wassap 010-294 1344. kalau tak yakin jangan oder. takder sapa boleh tentukan apa kita nak sumbat dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment