Harini mama ada urusan di jabatan kerajaan. Besar harapan mama agar benda ni dapat diselesaikan dan mama memang terdesak nak selesaikan ,. Saspen kan? tapi mama tak boleh cerita detail la buat masa ni. Cuma mama suka nak kongsikan pengalaman yang mama dapat harini dan rasanya boleh dijadikan pengajaran bersama.
Bila sebut berurusan dengan orang kerajaan ni mma bukan burukkan institusi kerajaan cuma mama nak berterus -terang dan mama faham keadaan ni. Sebagai bekas penjawat awam, mama dapat gambaran sedikit sebanyak apa sebenarnya story 'behind the scene' dan kebanyakan dari kita biasanya kalau dapat layanan acuh tak acuh dari badan kerajaan/organisasi atau sebagainya, kita biasanya akur kerana taknak cari pasal. Dan mungkin juga kita cuba faham situasi mereka yang sibuk dan sebolehnya kita cuba bersangka baik. Juga cuba BERSABAR kerana orang yang sabar selalunya menang dengan bantuan ALLAH.
Namun begitu, kena tengok situasi juga. Dalam sesetengah keadaan , sabar bukanlah pilihan terbaik.
Situasi mama tadi, hal yang mama nak selesaikan ni dari bulan 4 lagi. Dah agak lama kan., hampir 7 bulan berlalu. Tadi, mama datang dengan harapan ada lah kabar berita untuk kes mama ni. memang salah mama sebab datang takde apoinmen main terjah saja. Bukan apa, talian telefon mereka rosak, dah lenguh mama cuba hubungi namun takde jawapan. Itu yang mama selamba badak je datang tanpa diundang. Tapi sebenarnya, mama lebih suka berdepan dari bercakap telefon. Sebab kalau call pun, tak senang jugak nak dapat bercakap. Nak tunggu deme angkat telefon pon berejam kene tunggu.
Ok sesampainya mama dikaunter..duk bakbukbakbuk bercerita dengan petugas kaunter..macam biasalah as expected, takde apoinmen mana boleh jumpa pegawai kan. Ok. Fine. Mama bagitau la apa isu nya dan petugas tu cari pegawai dia dan kembali kat mama dengan penerangan serba sedikit apa perlu mama buat. Mama rasa macam simple sangat , tak padan dengan aku menapak giler punya jauh last-last di suruh balik. Tak sampai 10 minit.
Mama tak puas hati. Mama cakap, 'hal sya ni dari bulan 4. Saya nak tahu atleast status nya macam mana. takde sapa follow up ngan saya. dan sy tak tahu apa yng sy tunggu. sy nak pegawai yg in charge sy, Puan A bagi jawapan 'status' kes sy ni.
Lepastu mama bikin kecoh kat situ bercerita macam2 apa kesulitan mama semua. Kemudian staf kaunter tu cakap sy cuba dapatkan pegawai kut2 dia boleh selit masa jumpa puan. Ok mama tunggu.
10 minit lepas tu, staf kaunter tu datang lagi dia explain lagii dan mama lagi sekali buat2 tak paham bahasa. Mama saja explain balik kat dia situasi mama ni. Lepastu Puan A keluar cakap ada pegawai lain nak jumpa kat bilik hujung. Ok good.
Masuk bilik tu, pegawai bernama Puan S (dia tak in charge mama cuma kes yg mama usulkan tu bawah seliaan dia) selak2 fail mama dan ce teka apa kata dia?
DOKUMEN YANG MAMA SUBMIT BULAN APRIL TU TAKDE PUN DALAM FAIL!
Understand me? Rasa2 apa perasaan mama? nak follow up ni bukan baru nak cari dokumen wehhhhh halah halah
rasa nak panjat kusi meja dalam bilik tu tadi. Imagine kalo mama balik je tadi rasa2 apa cerita? memang basi la. Takde sape pedulik. Camne deme buat kerja?
Mama pun berdebat sakan tapi masih dalam low tone lah masih ada adab dan masih berfikiran waras. Ikutkan aku ni panas baran. Cuma dengan orang luar boleh cool lagi kalau kat rumah tak tau dah apa barang terbang melayang tu kahkah
Giler ahhh ..memang aku tak leh imagine apa kejadiannya tadi ni. Memang mama berkeras gila2 tadi. Pegawai tu siap cakap kalau puan tak bagi kerjasama end-up puan sendiri yg susah. Kerjasama yg dia maksudkan adalah mama kene buat surat baru, hantar kat dia balik. leh imagine tak? skang dah bulan 11 ni. kira macam aku nak kene buat keje bodoh la. bende dah siap elok dari bulan 4, korang yng tak bertanggungjawab simpan dokumen last2 aku kene buat balik. Maknanya lagi lambat la proses dia.
Mama sound Puan S 'saya pelik, mana pegi surat dan dokumen saya tu. sapa yang receive?ini kan pejabat kerajaan, takkan surat keluar masuk takde rekod sapa yg terima?suami sy hantar by hand. bukan pos. siap ada nama pegawai yang patut terima surat tu'
then dia mati-matian cakap takde. macam mana nak proses dia kata surat pon takde. memang panasssssssss je hati aku ni. dia ingat aku nak pasghah lah balik buat balik lepastu menapak datang situ balik jumpa dia ape ke ****** sangat kan?
last sekali mama cakap. saya nak jumpa Puan A sebab dia yg in charge saya. Sepatutnya dia yang bertanggungjawab atas kehilangan dokumen ni. Bagi saya jumpa dia.
Puan S cakap Ok terserah Puan lah. saya dah terangkan semuanya kalau puan tetap nak jumpa puan A saya panggil dia sajalah.
Ok bagus. Pandai pun.
Ok bagus. Pandai pun.
Lama jugak mama menunggu. beberapa kali kelibat orang lalu lalang staf kat situ la jenguk2 dalam bilik nak tengok aku kot ape cerita kat dalam tu. memang mama dah menangis2 dah. dah menggigil2 tahan marah sebenarnya ni. rasa nak pecah dada. hancur hati ni tau. bayangkan kita tengah terdesak ni. dah lama tunggu ingat dalam proses rupanya habuk pon tarak. bukan kata habuk bayang nye pon takdelah.
mama cakap ngan diri sendiri 'korang tak kenal lagi aku sape, aku boleh jadi tak waras kat sini ni. korang nak tengok aku mengamuk agaknya kan. mama nekad kalau kene terjah masuk opis cari pengarah dia pon mama sanggup lah. kalo kene tangkap ngn guard pon aku pedulik ape kan. melampau sangat. mama dah ketuk meja beberapa kali nak lepaskan geram. mujur bilik tu kalis bunyik kahkahkah jangan main2 mama mung ni sewel sket.
pastu mama tarik nafas dalam2..insyaallah ada jalannya ni. mustahil lah hilang camtu je. Puan S ni je mulut hanceng selamba cakap dokumen hilang. hilang akal agaknye dia.
Tak lama, Puan A masuk. aku tanya dia..haa Puan ape cerita? lepastu dia cakap..macam ni puan cerita dia.....ooohhhhhhhh ok. surat tak hilang!! cuma,...blablablabalabalabaablablabla
panjang lebar die terangkan dan mama faham lah . dan mama tahu la ape progress nya. tu je mama nak tahu. lega lah.
mama tnya macam mana boleh kata surat hilang tadi tu? kata Puan A..ohh Puan S tu baru masuk keje sini bulan 10. dia take over kes puan dari pegawai yg lama. mungkin dia cari tempat lain tu yang tak jumpa.
ooo really?
giler ahh. masalah nya Puan S tu konfiden giler cakap mmg tak ade. die tak bagitau pon die tu org baru tak tahu menahu. sedap rasa je nak senangkan kerja dia, nak susahkan kerja aku. ingat dekat nak datang situ. nak tinggal anak 5 orang kat rumah tu? binawe betol.
moral nya ape ni? BERTEKAD lah kalau betul2 nak selesaikan apa yang kita nak. jangan biarkan diri kita dibolak balikkan oleh sistem. mama rasa kalo mama balik je tadi dengar cakap minah kaunter tu, sampai tahun bila ntah Ismail dah masuk U pun aku tak tau apecite kes aku ni.
Ok tu je nak kabo.
waktu mama tengah geram tadi janganla ko suruh aku sabar, ingat Allah semata. sebab kekadang, ade orang lain juga patut diberi pengajaran. Ada salah orang lain yang tak patut kita tanggung.
Lebih kurang macam ayat kat bawah nilah.
Ada kaitan ke?
No comments:
Post a Comment